Jumaat, 24 Jun 2011

Antara tanda-tanda diganggu makhluk halus

Antara tanda-tanda diganggu makhluk halus

Assalammualaikum

Sekadar berkongsi maklumat dengan rakan2. Mengapa sekarang ni ramai yang kena gangguan ni...mungkin tempat jin tu telah diganggu...mungkin semakin ramai yang lemah jiwa akibat tekanan hidup dan kerja....dan lain2.

Antara tanda-tanda diganggu makhluk halus

1- Susah tidur malam
2- Tersentak-sentak ketika tidur (mcm kene kejutan elektrik)
3- Selalu sakit kepala
4- Lenguh-lenguh seluruh tubuh terutama di bahu
5- Rasa sakit-sakit di pinggang, lutut dan tapak kaki
6- Pandangan kabur dan kadang-kadang ternampak-nampak sesuatu
7- Telinga berdengung/berdesing
8- Mimpi yang menakutkan spt binatang buas
9- Mimpi berada di tempat yang tinggi, jatuh dari tempat yang tinggi, ternampak air sungai @ laut
10- Dikejar sesuatu ketika dalam mimpi,atau berlari2
11- Makan lebih dari biasa, banyak terlajak.
12- Makan banyak tp rasa tak kenyang seolah-olah makanan tak jatuh ke dalam perut
13- Sesak nafas
14- Terasa ditindih semasa sedang tidur (banyak terjadi kepada perempuan)
15- Lebam-lebam di tubuh terutamanya di peha dan lengan
16- Suka menyendiri sorang-sorang
17- Terdengar bisikan suara di telinga
18- Mempunyai tanda-tanda diatas tapi tanak berubat atas alasan tak sakit pun.
19- Perubahan perangai secara mendadak
20- Susah hamil sedangkan pasangan suami dan isteri tiada apa-apa masalah
21- Bertukar menjadi seperti lembu dicucuk hidung samada kepada lelaki ataupun perempuan
22- Tidak dapat melakukan hubungan seks bila dah dalam satu selimut, tapi perasaan tersebut begitu membara bila berjauhan
23- Budak- budak yang menangis lebih dari kadar biasa.
24- dll

Jika ada antara kita mengalami antara tanda2 tersebut kemungkinan ada gangguan. Cubalah berubat. Tapi pastikan kita berubat dengan pengamal perubatan Islam yang sebenar, menggunakan ayat al-Qur'an 100%. Kita berikhtiar dan berusaha...Allah jua yang menyembuhkannya.Banyakkan membaca al-Qur'an, dengar2 kanlah ayat rukyah (boleh cari di internet), selepas solat subuh amalkan membaca :
لا اله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو على كل شيء قدير
sebanyak 100 kali..dan banyak lagi amalan2 yg boleh kita amalkan.

Wassalam

Selasa, 14 Jun 2011

Gadis pengakap terjun dalam lombong

Gadis pengakap terjun dalam lombong

CERITA ini adalah daripada pengalaman adik ipar saya. Dia memang boleh digelar kaki pancing malah tahap hantu pancing dan sewaktu dengannya. Cakaplah di mana tempat pancing baru, semua dia nak pergi. Dalam hutan atau ke laut dalam; dia memang tidak kisah. Pergi pagi atau malam pun tidak menjadi hal. Pukul berapa pun, dia memang tak kisah. Ajak saja, dia pasti pergi.

Azman memang kaki pancing. Sampai emak dia sendiri pun naik bimbang dengan perangainya. Lebih-lebih lagi kalau dia pergi memancing dengan kawannya pada tengah malam. Pernah emak dia tegur, tak takut kalau-kalau terserempak hantu jembalang dalam hutan. Sebaliknya, Azman menjawab memang dia hendak berjumpa sangat dengan hantu. Mengucap panjang kami bila mendengarnya.

Kami kalau boleh tidak mahu berjumpa benda-benda macam itu. Tetapi Azman, dia berharap sangat hendak bersemuka. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, kata Azman dia sudah bosan melayan ikan tilapia, baung, haruan dan sepat. Kali ini, dia hendak merasa layanan ikan toman.

Hari itu Azman, Mat dan Ajai sudah bersedia untuk meneruskan misi mereka mahu merasakan tentangan ikan toman. Segala peralatan dan kelengkapan memancing sudah disediakan. Dengan menunggang motosikal ex5, bergerak mereka bertiga menuju lokasi pilihan. Sepanjang perjalanan, banyak kawasan perumahan mereka tempoh. Kawasan perkampungan Orang Asli juga terpaksa dilalui oleh mereka. Walaupun berada dalam suasana perkampungan yang sama, namun baru kali ini mereka bertiga berhadapan dengan Orang Asli. Mereka berbalas senyuman pada Azman, Mat dan Ajoi bila berselisih seketika.

Dalam pengetahuan mereka, kawasan pilihan adalah berdekatan dengan Kem Bina Negara. Dan di situ juga menjadi kawasan tapak perkhemahan untuk orang ramai. Tetapi mereka mengikuti jalan pintas ke kawasan lombong berkenaan. Itulah kawasan pilihan mereka bertiga. Satu lombong tinggal yang jauh ke dalam hutan. Cuma orang-orang tertentu yang tahu adanya lombong itu.

Setelah meninggalkan kawasan penempatan Orang Asli, mereka bertiga masih meneruskan perjalanan. Akhirnya tekaan Azman memang benar. Mereka akan menemui kem berkenaan sebelum menuju ke lombong. Tetapi pada sangkaan mereka lombong itu tidaklah jauh sangat dengan kem. Apabila menempuhi satu lagi perjalanan membuatkan mereka rasa terlalu jauh. Tempat yang dijangkakan dekat menjadi seakan-akan terlalu jauh. Ini kerana mereka terpaksa menempuh laluan tanah merah dan lumpuh.

Azman, Mat dan Ajai terpaksa berhati-hati menunggang motosikal kerana takut tergelincir dan tersangkut dalam lumpur. Hampir tiga jam mereka bertiga menempuhi segala halang itu. Akhirnya sampai juga tempat yang dicari mereka.

Azman memandang persekitaran tepi lombong. Dia mencari tempat yang sesuai untuk melabuhkan umpannya nanti. Begitu juga dengan Mat dan Ajai. Masing-masing mencari tempat pilihan. Walaupun jarak masing-masing agak jauh namun masih dapat mendengar laungan mereka sesama mereka.

Setelah mencampakkan umpan ke dalam lombong. Azman melabuhkan punggung ke tanah. Sambil itu matanya memandang ke atas. Matahari hari hampir hilang dalam gumpalan awan dan sinarannya semakin kecil. Sudah jam 7 malam, bisik hati Azman. Lalu Azman melihat jam di tangan sendiri. Memang sudah lebih jam 7 malam. Azman amat berharap ada taman perumahan di sekitarnya.

Azhar memandang batang pancingnya yang tidak bergerak sejak awal tadi. Mustahil tidak ada ikan di sini, bisik hati kecilnya. Sikit pun tali pancing tidak bergerak, keluh Azman pula.

 kau ada dapat ke? jerit Azman.

Dapat, dapat tengok!  balas Mat.

ajai, kau macam mana? tanya Azman.

aku pun sama, dapat tengok juga! balas Ajai.

tapi kalau aku dapat, mestilah aku dulu yang menjerit, kau tahu! balas Ajai lagi.

Ucapan itu membuatkan Azman tersenyum sinis sendirian. Jam di tangan menunjukkan waktu lebih 8 malam. Perut mula terasa lapar. Azman membuka bekalan yang dibawa.

Azman lahap makan kerana terlalu lapar. Tetapi matanya masih tidak lepas memandang pancingnya itu. Sejak tadi hanya ikan baung yang dapat dipancingnya. Empat ekor baung tumpas tetapi sekadar tidak lebih 200 gram seekor. Dalam leka dengan pancingnya, tiba-tiba Azman terdengar bunyi kayu ranting dipijak sesuatu. Lantas Azman menoleh ke belakang walaupun agak gelap di kawasan semak di sekitar lombong itu. Namun dengan cahaya bulan Azman masih boleh melihat kelibat Mat dan Ajoi. Azman tidak nampak sesiapa pun di situ . Kemudian Azman terdengar bunyi bising seketika di kawasan lombong seolah-olah ada orang berpesta di situ.

Tetapi kemudian suasana sunyi kembali seketika.

siapa pula yang datang berkhemah ni, kacau betullah? ...  ( bentak hati kecil Azman.)

abang mancing ikan apa, suatu suara menegurnya dari belakang...

Azman menoleh ke belakang. Dia terkejut. Seorang gadis berpakaian uniform pengakap berjalan menuju ke arahnya.

ada perkhemahan di sini ke? .. tanya Azman.

abang tahu dalam lombong ini, banyak kuali buruk, kata gadis itu tanpa menjawab pertanyaan Azman.

Azman terkejut bila tiba-tiba gadis itu melompat terjun ke dalam lombong di depan matanya. Azman mula merasakan lututnya longgar dan dia terasa kaku seketika. Namun dia masih sempat menjerit nama Mat dan Ajoi sebelum dia pengsan.

Selepas balik memancing hari itu, hampir seminggu Azman deman. Tetapi Azman tidak serik untuk meneruskan hobinya itu. Dan, memang betullah dia hantu pancing.

Misteri Di Lebuhraya Karak

Misteri Di Lebuhraya Karak

  

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”


“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.


Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.

“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”


“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.

Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.


“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.

Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.

Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.

Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.

Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.

Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.

Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.

Jumaat, 10 Jun 2011

HANTU TANDAS

(DICIPLAK OLEH -A-)






Kisah ini dialami oleh rakan karibku... di sebuah sekolah berasrama penuh....)
Tandas asrama blok B memang sudah terkenal dengan keseramannya. Ramai senior menceritakan perihal tandas itu kepada kami (junior). Ada yang nampak kepala oranglah, tangan berbululah, dan bermacam-macam lagi. Tapi aku sama sekali tidak percaya akan cerita-cerita karut itu. Pada fikiranku cerita tersebut
sengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan kami. Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh nenekku. Menurutnya, kegunaan tangkal ini adalah untuk menghalau syaitan dan iblis. Tetapi, suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan aku tidak mempercayai nenekku lagi.............

Pada suatu malam, aku belajar seorang diri di bilik study. Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah balik ke dorm masing-masing. Oleh kerana aku memikirkan peperiksaan sudah dekat, aku memilih untuk terus tinggal di bilik study. Selepas beberapa jam, aku mula berasa mengantuk. Aku mengemas barang - barang dan naik ke dorm. Sudah menjadi tabiatku, sebelum tidur aku mesti menggosok gigi dan membuang air kecil. Aku berjalan seorang diri masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba lampu seluruh blok asrama terpadam.

"Ah, blackout!!,"gerutu hatiku.

Apabila kakiku melangkah ke dalam tandas. Aku dapat melihat kelibat tubuh orangsedang menggosok gigi di hadapan cermin. Aku dengan ramahnya melemparkan senyum pada orang tersebut.
Sedang aku menggosok gigi, aku terdengar bunyi yang ganjil datangnya daripadaorang tersebut. Aku mula berasa takut dan memandang orang itu dengan teliti. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu menggosok giginya dengan pisau dan mulutnya berlumuran darah!

Aku terkejut. Apa lagi, tidak menunggu lama aku terus berlari meninggalkan tandas tersebut sambil menjerit. Seluruh isi asrama terjaga. Oleh kerana terlampau terkejut, aku pengsan. Apabila sedar, didapati aku telah berada di dalam bilik rawatan asrama. Aku menceritakan apa yang berlaku pada malam itu. Semua kawan-kawanku tercengang dan melopong.

Mulai dari malam itu, aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan belajar sehingga lewat malam lagi. 

HANTU TONG GAS

Korang pernah dengar cerita hantu pasal seorang mak cik dan tong gas? Meh aku cerita.

Jeng jeng jeng.. Kejadian berlaku pada tahun 2006 di Kedah.

Dulu lepas SPM bosan2 lepak aku pun cuba2 la carik kerja.. Dan dapat la aku kerja di satu kompeni ni, aku masuk bahagian marketing..
Kerja aku ni memang penat sikit sebab terpaksa banyak berjalan.. Kadang2 kitorang jalan sampai ke Perancis (Ok dah tipu sangat) tapi tak apa la 
kan sebab kata orang tua-tua.. jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman..

Tapi dalam banyak-banyak pengalaman tu, macam biasalah kat dunia ni ada yang best, ada pulak yang tak best..

Nak dijadikan cerita, satu hari aku dan lg sorang brader, nama dia Shah, kiranya kami dua orang la kne kuar ke satu kawasan ni.. kat area2 kedah
jugak. Aku tak ingat lokasi secara spesifik tapi lebih kurang kawasan antara Yan ke Jemerlang. Maka dengan berbekalkan kereta Nissan Frontier,
kami pun bertolak.

Disebabkan kami kena meng'explore' semua kawasan disitu maka kami pun masuklah ke satu jalan kampung ni. Jalannya taklah besar sangat, 
muat untuk satu kereta jek. Kalau dua kereta kecil nak lalu pun terpaksa berhimpit lah. Tiba2 kitorang ternampak sorang makcik ni, umur dalam 50
lebih. Sebelah dia ada budak kecik dalam lingkungan 10 tahun, maybe anak atau cucu makcik tu.



Mak cik tu tengah tarik tong gas dalam hujan. Masa tu ada hujan sikit, tapi taklah lebat sangat, hujan renyai-renyai camtu je. Kitorang pun 
macam kecian la pulak tengok makcik tu tarik tong gas tengah2 hujan..
So kitorang pun apa lagi.. sebagai generasi pemimpin masa hadapan kami dengan hensemnya meng'offer a ride kat mak cik tu.. (pergh bersepah bahasa)
Tapi makcik tu menolak dengan baik.
"Takpe lah nak.. dah dekat dah ni,"

Lepas 2-3 kali pujuk namun makcik tu still menolak, so kitorang pun taknak lah paksa2 orang. Kitorang pun jalan la. Disebabkan depan macam 
dah takde apa2 lagi, kitorang pun nak berpatah balik. Brader Shah pun nak membuat pusingan 3 penjuru utk berpatah balik. (U know.. belok ke 
kanan, gostan, patah balik, macam amik lesen keta tu)

Baru je Shah membelok ke kanan tiba2 dia cakap kat aku - "Eh mana makcik tadi tu pergi?"

"Dah sampai rumah agaknya," jawab aku selepas tengok makcik tu tiada di jalan tadi.

"Oh.. takpelah kalo camtu."

Lepas tu dia pun mendiamkan diri. Aku pun ikut diam lah kan. Shah pun bawak kereta keluar ke jalan besar. Dalam 100 meter selepas 
keluar dari simpang jalan kampung tadi Shah pun berhentikan kereta kat tepi jalan.

"Kau tahu kenapa aku tanya pasal makcik tadi tu?" tanya Shah.

"Tak, apesal?"

"Masa aku belok nak patah balik tadi, aku tengok makcik tu dah tak ada,"

"Dia dah sampai rumah la kot," Jawab aku.

"Tak mungkin.. Sebab sebelum aku belok tadi, aku tengok cermin pandang belakang. Masa tu Makcik tu ada lagi, tengah tarik tong gas.
"Tapi bila aku belok je, mak cik tu dah takde.. Takkan dia boleh hilang sekelip mata je,"



Aku yang mendengar terus jadi seram. Kalau ada orang boleh ilang tetiba tu dah jadi cerita lain dah. Tapi bila fikir2 balik, makcik tu memang 
pelik. Bayangkan seorang makcik jalan dengan sorang budak kecil, sambil bawak tonggas, ditengah hari dalam hujan pulak tu.. Di jalan yang tak 
ada orang.. Fuh..

Sampai sekarang aku masih rasa seram sejuk bila terfikir pasal cerita tu. Tapi nasib baiklah tak jadi apa2 lepas tu. Bayangkan kalau time 
patah balik tu ada tong gas tengah melayang terbang ikut belakang kereta.. Pergh, dapat gas memasak free tuh.

Kami membuat kesimpulan barangkali makcik tu sengaja nak menguji kami yang mengembara ni (ewah.. pengembara la pulak). Disebabkan kitorang 
offer makcik tu tumpang, maka mungkin makcik tu ingat 'ohh.. baik budaknya diorang ni'
So kitorang pun lulus ujian.

Mungkin makcik tu manusia tapi kitorang yang tersilap perasan, atau mungkin jugak bukan manusia.
Wallahualam.


Hantu Asrama

AMARAN:SEMUA CERITA YANG DICERITAKAN ADALAH BENAR TETAPI DICIPLAK OLEH SAYA...TUAN DIA TAK MARAH PUN...SEKIAN


Kisah ini terjadi semasa aku berada di dalam
tingkatan satu. Waktu itu, aku tinggal di asrama. Seperti kebiasaan, pada bulan Julai setiap tahun, satu asrama mesti heboh dengan histeria dan bermacam-macam lagi. Pada masa itu, seluruh asrama berada dalam ketakutan. Pada waktu malam, kami tidak berani tidur lewat seperti hari-hari biasa. Tepat saja pukul 11.00 semuanya mesti telah berselubung di atas katil...
Tetapi, pada suatu malam.......

Aku dan kawan-kawan sedang bersembang mengenai hantu yang dikatakan sedang berkeliaran di asrama kami pada masa itu.
Kami yang terkenal dengan sifat berani, mengutuk-ngutuk hantu yang selalu mengacau ketenteraman kami di asrama. Sedang enak kami mengutuk, kipas angin yang sedang elok berpusing dari tadi tiba-tiba meletup lalu terpelanting!

Kami berpandangan sesama sendiri. Rasa takut menyelubungi
diri.

"Apa tu??,"Adnan, kawanku bersuara"Barangkali ia marah kita
mengutuk-ngutuknya tak??,"

"Ah, biarkan saja! Kalau berani, marilah!!,"Ikmal menjerit sambil memandang ke syiling.

"Sudahlah, mari kita tidur,"kataku pula. Seraya dengan itu,
kami pun naik ke katil masing-masing.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti orang berjalan di koridor asrama. Semakin lama semakin kuat.
Kami bergegas keluar daripada dorm. Apabila kami sampai,
bunyi tersebut hilang dan tiada apa-apa di situ. Kami kehairanan. Kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke dorm. Tetapi, belum sempat kami sampai ke pintu, jeritan pelajar perempuan kedengaran. Kami terkejut. Seluruh isi asrama terjaga. Pelajar-pelajar form five bergegas ke asrama puteri dan azan di situ. Sesetengahnya pula mengambil surah yassin dan membacanya di dorm masing-masing. Beberapa lama kemudian, barulah kami tahu yang pelajar perempuan diserang histeria. Suara azan dan ayat Al-Quran memenuhi ruang asrama.
Tiba-tiba beratus-beratus cahaya yang berupa kilat keluar dari bumbung Asrama Puteri. Setelah itu, keadaan asrama kembali tenang.

Selepas dari kejadian itu, aku dan kawan-kawan tidak berani lagi bermulut celupar. Kami percaya bahawa kejadian pada malam itu adalah disebabkan oleh kami..... 

Hantu kum-kum

Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini
dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk
kekal cantik selama-lamanya. Konon ceritanya dia tidak berjaya
menyempurnakan syarat ilmu hitam yang menghendaki dia membunuh 99
wanita cantik yang muda dalam masa 3 bulan. Kemunculan Hantu Kum Kum
ini telah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat, sehinggakan gambar
lakarannya pernah disiarkan oleh sebuah akhbar utama.

Kononnya lagi oleh kerana hanya 10 orang sahaja baki mangsa diperlukan,
dia diberi peluang untuk menyempurnakan syarat ajarannya tetapi dia
hanya boleh muncul dalam sifat seorang perempuan bertelekung dan cuma
nampak mata. Juga dia hanya boleh keluar di waktu siang …

Kononnya juga… kalau dia memberi salam, bunyinya ialah ”
Asalamualaikum .. kum .. kum “.. Jika sesiapa menjawab dan membuka
pintu rumah maka dia akan melunaskan hajatnya.

Maka ramailah yang jadi takut nak menjawab salam apabila tetamu datang
.. tetapi tak sedikit juga tetamu yang mengusik tuan rumah dengan
memberi salam yang ‘meresahkan’ itu.

Sekadar terfikir, di mana Hantu Kum Kum tu sekarang ya ?
SMKAP (Kuantan)
(Ini merupakan sekolah hamba dahulu.Sudah banyak pelajar dan guru yg terlihat kelibat seorang pelajar perempuan cina yg seringkali muncul dgn berpakaian seragam lama yg dikatakan pernah membunuh diri di tandas tingkat 3 di sekolah ini)

Kes1
- Puan Ina(bukan nama sebenar) baru sahaja memulakan tugasan paginya sebagai seorang "cleaner" di sekolah tersebut. Waktu masih lagi awal pagi dan hari tersebut bukan merupakan hari persekolahan. 
Lalu Puan Ina memikul segala alatan cucian ke pejabat pengetua yg terletak berhampiran dgn tempat parkir kereta. Puan Ina mengelap pintu cermin bilik pejabat pengetua tanpa menduga akan apa yg akan berlaku seterusnya. Sedang Puan Ina khusyuk mengelap pintu cermin tersebut tiba2 seorang pelajar mendekati Puan Ina. Puan Ina berpaling ke arah pelajar tersebut. Rupa2nya pelajar tersebut merupakan seorang pelajar perempuan yg berbangsa cina. Raut wajah pelajar tersebut begitu berseri sekali. Tetapi apa yg pelik tentang pelajar tersebut ialah pakaian sukannya yg menyerupai pakaian ala 80s'. Pelajar tersebut dgn penuh sopannya meminta utk lalu dari Puan Ina. Seingat Puan Ina sepanjangan kerjayanya di sekolah tersebut tidak pernah pula dia terlihat pelajar perempuan tersebut. Lalu dgn penuh tanda tanya Puan Ina berpaling semula ke arah pelajar tadi tapi apa yg dilihatnya adalah ruanglegar yg kosong. Adalah amat mustahil utk seseorang hilang sekelip mata di ruang yg sebegitu luas sekali. Puan Ina tercari2 akan kelibat perempuan tadi namun tiada apa yg dapat dilihatnya.
(utk pengetahuan kalian mak cik cleaner dlm cerita ini telah pun meninggal dunia atas penyakit kanser yg dihidapinya beberapa tahun yg lepas)


Kes2
- Ah Meng(bukan nama sebenar) sedang mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas bersama-sama rakan2nya. Sedang cikgunya sedang mengajar di hadapan kelas, Ah Meng tiba2 terlihat kelibat seorang pelajar perempuan cina yg berjalan menyusuri koridor di luar kelasnya.
Ah Meng yg sedang leka mendengar kata2 cikgu2nya tiba2 terganggu akan pandangan pelajar perempuan tersebut. Mana tidaknya pelajar perempuan tersebut kelihatan begitu cantik sekali, belum pernah lagi Ah Meng terserempak dgn pelajar perempuan itu sebelumnya. Tetapi ada sesuatu yg amat pelik mengenai perempuan tersebut. Baju uniform sekolah yg dipakainya seperti uniform sekolah dulu kala. Jarak pelajar perempuan tersebut dgn Ah Meng adalah begitu dekat sekali dan pelajar tersebut seolah2 tidak mengendahkan akan Ah Meng yg khusyuk melihatnya dari tadi.
Ah Meng berasa amat pelik kerana pelajar perempuan tersebut terus berjalan ke arah hujung koridor di luar kelasnya yg merupakan tembok batu konkrit. Tiada sebarang pintu atau jalan pun di situ. Mata Ah Meng terus sahaja tertumpu ke arah pelajar perempuan tersebut dan tanpa dijangka-jangka...pelajar itu berjalan menerusi dinding tersebut. Ah Meng menjadi hilang akal tiba2. Dia tidak percaya akan apa yg dilihatnya. Lalu dengan segera Ah Meng melaporkan akan apa yg dilihatnya kpd cikgunya. Apa yg hamba tahu selepas itu terdapat ura2 yg mengatakan pengetua sekolah tersebut cuba merahsiakan perkara itu drpd pengetahuan org ramai namun akhirnya rahsia tersebut pecah juga.


Kes3
(Cerita ini merupakan cerita yg paling hangat di sekolah tersebut kerana melibatkan ramai pelajar dan guru)

- Ah Mei dan Ah Chu(bukan nama sebenar) merupakan adik-beradik kembar seiras. Mereka merupakan pengawas di sekolah ini dan mempunyai sifat serta karakteristik yg seakan-akan sama.
Pada suatu hari (petang) ketika Ah Mei sedang berjalan di koridor tingkat 3, tiba2 dia terdengar akan bunyi titisan air dari tandas yg terletak di hujung koridor tingkat tersebut (mahulah diberitahu disini bahawa tandas tersebut pernah terjadinya kes bunuh diri oleh seorang pelajar perempuan,sejak terjadinya kejadian tersebut tandas itu telah dikunci oleh pihak pentadbiran sekolah dan tidak digunakan sehingga ke hari ini). Dengan penuh rasa curiga Ah Mei pun mendekati tandas tersebut. Perasaan ingin tahu yg membuak-buak dlm hati Ah Mei menyebabkannya memanjat dinding tandas tersebut utk melihat dari arah manakah datangnya bunyi air dari dalam tandas tersebut.
Ah Chu yg sedang belajar di dalam kelas berdekatan dgn tandas tersebut tiba2 berasa tidak sedap hati.Namun dia sendiri tidak tahu akan apa yg tidak kena. Tiba2 kedengaran bunyi seseorang menjerit dari arah tandas tersebut. Jeritan yg kuat itu didengari hingga ke berapa kelas berdekatan. Cikgu serta pelajar tergamam setelah terdengar bunyi jeritan itu. Lalu Ah Chu segera keluar dari kelas dan berlari ke arah tandas itu dan mendapati adiknya Ah Mei telah pun jatuh pengsan di koridor tandas tersebut. Pelajar diikuti guru bergegas munyusuri koridor tersebut dan mereka kemudiannya mendapati bahawa kedua-dua adik-beradik kembar tersebut telah pun jatuh pengsan. Guru dgn segera memimpin Ah Mei dan Ah Chu dan meletakan mereka di kawasan yang lapang. Ah Chu dan Ah Mei akhirnya sedar beberapa minit kemudian.
Kemudiannya apabila ditanya kepada rakan hamba, yang juga merupakan teman rapat kepaa adik beradik kembar tersebut tentang apa yg telah berlaku, rakan hamba memberitahu hamba bahawa sedang Ah Mei menjenguk ke dlm tandas tersebut dari luar,apa yg telah dilihatnya adalah sesuatu yg amat menakutkan. Digambarkan bahawa makhluk yg dilihatnya di dalam tandas tersebut berupa perempuan yg bermuka amat hodoh, lidahnya terjelir keluar serta matanya berwarna merah saga. 

Jalan Beserah (Kuantan)

(Hamba mendapat kisah ini daripada cikgu yg pernah mengajar hamba semasa hamba berada di tingkatan 5. Raut wajah cikgu hamba jelas menunjukan yg beliau ketakutan sms menceritakan cerita ini kpd hamba dan juga rakan2 hamba yg lain.Cerita ini bukanlah REKAAN)

- Cik Nora(bukan nama sebenar) semakin gelisah. Jam tangannya telah pun menunjukan tepat pada pukul 1030pm namun beliau masih lagi berada di dalam pejabat ekoran tugasannya yg perlu diselesaikan pada hari tersebut juga. Semasa Cik Nora sedang meneliti fail2 tugasannya tiba2 beliau tersedar bahawa terdapat kekurangan pada fail2 tersebut. Lalu barulah beliau sedar bahawa beliau tertinggal salah satu daripada fail tersebut di rumahnya.
Maka tanpa berlengah lagi Cik Nora pun memecut laju ke rumah kediamannya. Selesai sahaja mendapatkan kembali fail yg tertinggal di rumah beliau Cik Nora memecut kembali ke pejabatnya. Hujan turun lebat pada malam itu. Sesampai nya kenderaan Cik Nora di sebuah selekoh berdekatan dengan jalan Beserah Cik Nora tiba-tiba tergamam setelah melihat satu kelibat yg menggoyangkan tangannya dgn laju sekali seolah-olah mahu menumpang kenderaan yg dibawa oleh Cik Nora. 
Pada mulanya Cik Nora bersimpati kepada "insan" tersebut kerana terpaksa bermandikan hujan dingin dalam kegelapan malam itu. Tetapi setelah melihat gerak-geri "insan" tersebut kaku seperti robot dan juga pakaiannya yg serba putih Cik Nora menjadi takut. Hayunan tangan "insan" tersebut laju sekali dan hanya tangannya sahaja yg bergerak dan badannya seperti kaku di tanah memperlihatkan seolah-olah "insan" tersebut tidak terusik akan kesejukan malam dan hujan dingin yg membasahi tubuhnya. Tambahan pula tiada kenderaan di sekitar jalan itu pada waktu tersebut. Lalu Cik Nora pun memecut laju meninggalkan "insan" tersebut di tengah2 kegelapan itu... Pada keesokan paginya barulah Cik Nora dapat melihat sendiri bahawa tempat "insan" itu berdiri pd malam tersebut sebenarnya merupakan satu lurah yg dalam... 

Banglo Usang di depan Taman Seri Mahkota,

 
- Kepada kawan2 sekalian yg selalu menaiki bas UMP pergi ke Kuantan pada hujung minggu, pertengahan jalan dari Gambang ke Kuantan (highway), sila pandang ke sebelah kanan kalian betul2. Kepada kalian yg bermata tajam kalian akan sedar berdekatan dgn ladang kelapa sawit (lebih kurang berhadapan dgn Taman Seri Mahkota) tersergam sebuah banglo dua tingkat beratap biru, yg dimana tingkapnya sudah pun disimenkan utk tujuan tertentu. Rumah tersebut cukup senang dikenalpasti kerana ia merupakan satu-satunya rumah yg berada di tapak berkenaan. Tiada lagi rumah lain di sekeliling rumah tersebut.
Mesti kalian terfikir2 manusia mana yg akan tinggal di banglo tersebut? apa yg hamba boleh katakan disini ialah rumah tersebut telah ditinggalkan lama oleh insan2 yg telah mendiami nya. Ini adalah ekoran daripada gangguan demi gangguan yg timbul semasa si pemilik rumah mendiami rumah tersebut. Pemilik rumah tersebut silih berganti tangan namun tiada seorang pun yg sanggup menetap panjang di rumah tersebut. Jika hamba tidak silap rumah tersebut telah pun dijadikan sebagai sarang penternakan burung layang2 dan sebab itulah tingkap rumah tersebut disimen dari luar.

Telok Chempedak (TC)

 
- Pada bulan mac yg lepas,kawan2 hamba baru sahaja selesai mendapat keputusan stpm... dipendekan cerita kawan2 hamba ni pun berbincang di mana tempat yg boleh mereka raikan pada malam itu, Akhirnya TC menjadi pilihan mereka... 
Selesai sahaja meraikan kejayaan mereka dalam STPM di TC pada malam tersebut, mereka berlima (kelima-lima nya perempuan pula tu) pun memulakan perjalanan balik dari TC menuju ke Air Putih. Mereka memandu kereta Kelisa dan memecut laju menerusi jalan Bkt. Pelindung, Pada masa tersebut mereka berborak dengan gembira sekali (maklumlah baru lepas berseronok di TC)dan tanpa disedari tiba2 hari pun hujan. Kawan hamba(si driver) pun menumpukan sepenuh perhatiannya di jalan disebabkan penglihatan pada malam itu kurang jelas. Waktu itu dashboard sudah menunjukan pukul 2am. Penumpang2 di belakang kereta pula ada yg dah tertidur sebab letih sangat dengan aktiviti pada hari itu. 
Tiba2 salah sorang penumpang di belakang kereta, CY terlihat sesuatu kelibat samar2 di tepi jalan itu. Pada mulanya CY buat tak tahu sahaja disebabkan dia fikir itu mungkin hanya imaginasi dia. Lagipun manusia berakal mana yg sanggup berdiri dlm hujan, pukul 2am pula tu... tetapi semasa jarak kereta semakin dekat dengan jelmaan tersebut CY mula naik takut sebab bayangan tu jelas kelihatan menyerupai tubuh seorang wanita. CY dgn cemasnya pun menggerakan kawan di sebelahnya yg dah hampir tetidur,lalu bertanya kpd kawannya bahawa adakah dia juga terlihat jelmaan di depan jalan itu? Kawannya pun membuka mata besar2 dan ternyata bahawa bukan CY seorang sahaja yg terlihat "benda" itu. Mereka yg sudahpun badan bermandikan peluh sejuk berhasrat untuk mendiamkan diri dan tidak memberitahu si driver apa2 pun, takut2 nanti terjadi kemalangan pula... tetapi yg peliknya si driver memandu kereta dengan bersahaja seperti tiada apa2 pun di depan jalan tersebut...Akhirnya jelmaan perempuan berbaju putih di dlm gelap tadi hilang terus dari pandangan mereka...
Sesampainya sahaja di kaw. perumahan, CY pun bertanya kepada si driver bahawa adakah dia terlihat "benda" di depan tadi... si driver dgn pantas nya pun menjawab yg dia tidak ternampak apa2 pun... Apakah kelibat sebenar makluk yg mereka lihat tadi? Hamba pun tidak dapat menjawab persoalan ini...



diciplak oleh A